Tazkirah

Daripada Anas bin Malik r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat,maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.-H.R Tirmizi

Pages

Followers

Monday, May 11, 2009

Salam dari Didier Ck


Selamat datang pada semua…
Hari ni penulis cukup gembira sebab dapat juga merealisasikan impian penulis selama ini..Impian penulis adalah untuk memiliki blog sendiri.walaupun penulis bukanlah artis,ahli politik atau sesiapa saja tapi penulis berbangga pada diri sendiri.Ini semua untuk kepuasan peribadi..yela,kita semua bkn hidup selama lamanya kat bumi tuhan ni..Sekurang kurangnya minat penulis kepada alam siber ada hasilnya..
Perlu diingatkan,penulis bukan dilahirkan sebagai keluarga blogger atau arif tentang alam siber tapi atas sifat ‘inkuiri’,penulis berjaya explore alam siber dari tahap ke satu tahap..Alhamdulillah,segala usaha penulis selama ini berhasil walaupun tak seberapa..Pada 20 ogos 08(20082008),lahir la blog ini..
Walaupun penulis berniat untuk buka blog sejak awal tahun 2008,tapi penulis mahu memilih tarikh yang cukup bermakna..Penulis sangat abstrak terhadap nombor..Sebab itu penulis memilih 20082008 sebagai tarikh..Lagipun,penulis amat berminat dengan nombor 2 dan 8 sebab ada kena mengena dengan hidup penulis..
Kalau nak diimbas semula,penulis pernah diejek atau diperlekehkan oleh kawan kawan malah pensyarah sendiri(3 tahun lepas la)sebab tak tahu menggunakan ‘adobe photoshop’..Memang memalukan..dari situ penulis bertekad untuk menguasai bidang ini..Bagi penulis,ilmu yang ada pada penulis cukup sedikit..
Oleh itu,segala nasihat atau pandangan membina amatlah di alu-alukan…
Berbalik kepada tujuan,penulis sebagai anak muda(agaknya lah)berhak untuk memberi pandangan serta pendapat peribadi penulis..Bukan saja penulis,tapi sesiapa saja yang berhak..
Blog ini bukan dicipta sebab politik semata mata,tapi lebih dari itu..Kita boleh bertukar maklumat,cari kenalan..Mungkin sesiapa yang ‘kaki’ software,boleh kita bertukar software(contoh je la)..nak download lagu pun boleh..Tapi tak dapat dinafikan,isu politik tak dapat dilarikan..Penulis ingin tegaskan,pendapat yang terdapat dalam blog ini adalah peribadi atau ada sebarang bukti..Sebarang komen atau pendapat dialukan tapi janganlah sampai nak berdebat pulak..Kita kena berfikiran matang atau sesuai dengan zaman..Jangan terlalu konservatif atau terlalu moden..
Nampaknya penulis banyak melalut dah ni..Penulis mohon maaf jika ada statement yang menyinggung u all..Penulis pun akui mungkin blog penulis ini tidak sehebat mana..sebarang penambahbaikan sedang dalam penyelitian..so,penulis ucapkan terima kasih sebab sudi melawat blog ini..
TERIMA KASIH Klik je kalau nak Tweet..;)

1 comments:

Unknown said...

28 october .....2 n 8 amat bermakna kan? so, leh la ingat sekali tarikh 28 nih deh...

Post a Comment